Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenUncategorized

Belia perlu terap aktiviti sukarela

25 NOV :Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri menyeru generasi muda menjadikan semangat dan aktiviti kesukarelaan sebagai amalan yang perlu di terap dalam jiwa masing masing.

Amalan ini katanya, adalah penting untuk mengujudkan sebuah negara Malaysia yang maju disamping rakyatnya  memiliki karakter masyarakat yang seimbang.

IMG-20131125-WA0013

Abdul Rahim memakaian topi kepada peserta JLKN sebelum gotong royong.

“Kita tidak mahu rakyat bersifat individualistik dan sikap materialistik yang keterlaluan sepertimana berlaku di beberapa negara maju yang lain,” katanya di majlis gotong royong dan khidmat masyarakat di Pitas dalam parlimen Kudat.

Majlis tersebut adalah anjuran pusat khidmat parlimen dengan kerjasama briged sukarelawan khidmat negara dibawah kelolaan Jabatan Latihan Khidmat Negara  (JLKN).

Turut hadir Datuk Abdul Hadi Awang kecil bersama 200 sukarelawan khidmat negara bersama penduduk kampong.

Beliau memuji PLKN kerana telah menggerakkan alumninya dan menubuhkan Briged sukarelawan khidmat negara dan mengajak mereka dengan aktiviti kesukarelawanan dan kerja kemasyarakatan samada semasa aman maupun semasa darurat seperti insiden banjir .tanah runtuh atau bencana alam.

Setakat ini hampir 700 ribu yang berjaya di latih dalam latihan khidmat negara dan daripada jumlah tersebut hampir 100 ribu kembali aktif dan JLKN.

IMG-20131125-WA0014

Abdul Rahim (bertopi) sama-sama bergotong royong

Menurut Abdul Rahim, JLKN berhasrat menambah jumlah yang kembali bergerak aktif melalui kerjasama dengan Institut pengajian tinggi awam untuk mengujudkan kerjasama strategik bagi mengujudkan mahasiswa yang memiliki teras dan sikap kesukarelaan.

IMG-20131125-WA0029

Abdul Rahim meninjau rumah dalam program gotong royong bersama JLKN

PLKN yang dilancarkan pada tahun 2004 bertujuan bagi melahirkan generasi muda yang memiliki jatidiri yang tinggi,semangat patriotisme,semangat kesukarelaan dan semangat perpaduan dan integrasi nasional.

Semasa acara tersebut Abdul Rahim turut menyampaikan bantuan kepada 48 orang penerima pebagai jenis bantuan seperti di timpa bencana.pesakit kronik dan khairat kematian.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 November 2013 11:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: