Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Belum ada keputusan naik tol

9 JAN  :Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar  tol lebuh raya tahun ini.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas perbincangan makmal dijalankan secara mendalam yang antara lain bertujuan mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan beban pengguna.

“Tunggulah masanya…jangan hanya fikir macam seolah-olah kerajaan langsung tak sensitif terhadap masalah rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Plaza Tol Sungai Buaya dekat Rawang, Khamis.

najibtunrazak

Najib

Najib berkata kerajaan sememangnya sentiasa peka dan prihatin terhadap setiap permasalahan rakyat dan ia terbukti dengan penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013.

Menurut perdana menteri, bagi tempoh 2008 hingga 2011 kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM459 juta, 2012 (RM329 juta) dan 2013 (RM343 juta)  kepada syarikat konsesi pengendali lebuh raya berikutan penangguhan kenaikan tol. – Bernama

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 January 2014 9:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: