Kategori Berita Utama

Belum ada petunjuk disebalik pelbagai spekulasi dan penemuan

9 MAC : Objek dipercayai serpihan pesawat yang dilapor ditemui pihak berkuasa di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.

Manakala kesan tompokan minyak di perairan Tok Bali, Kelantan yang ditemui masih tidak dapat disahkan sama ada ia milik pesawat  yang hilang dari radar sejak awal pagi kelmarin.

Menurut Azaharuddin, usaha mencari pesawat Boeing 777 200  di perairan Selat Melaka selepas kemungkinan pesawat MAS itu berpatah balik juga tidak menemui sebarang petunjuk.

mediamas9

Media seluruh dunia turut memberi keutamaan laporan kehilangan MH370

Sebelum ini, radar TUDM mengesan pesawat itu berpatah balik dan pengesahan mengenainya sedang dilakukan dengan radar-radar pihak berkuasa lain.

Dalam sidang media malam tadi, beliau menjelaskan bahawa kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas daripada 20 batu nautika ke 50 batu nautika di kawasan terakhir pesawat itu terputus hubungan.

Menurut Azaharuddin tumpuan kini adalah mencari pesawat itu terlebih dahulu sebelum dikenalpati punca kehilangannya.

Bagaimanapun katanya, pihak berkuasa tidak menolak sebarang kemungkinan yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Apatah lagi dengan adanya dua penumpang dalam pesawat berkenaan yang menggunakan pasport palsu milik rakyat Itali dan Austria yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Sidang media terakhir tanpa sebarang perkembangan terbaru mengenai pesawat itu terus menjadikan insiden berkenaan menjadi teka teki di kalangan media tempatan dan asing.

Sejumlah 200 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang berada dalam bilik sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Sama-Sama berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sidang media berikut akan diadakan jam 12 tengah hari esok kecuali ada perkembangan terbaru mengenai MH370.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 March 2014 10:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: