Kategori Berita Antarabangsa

Bencana alam di Nepal, 25 terbunuh

12 OGOS: Banjir dan tanah runtuh di Nepal menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang disahkan terbunuh sejak dua hari lalu.

Hujan lebat melanda banyak kawasan di wilayah timur negara itu dan beberapa kawasan di barat sejak pagi semalam, kata pihak berkuasa negara itu.

Kejadian banjir berlaku di kawasan tanah rendah berpenduduk padat bersempadan dengan India, manakala beberapa kawasan tanah tinggi pendalaman di timur negara itu berdepan masalah tanah runtuh.

“Kami masih lagi mengumpul data jumlah kerugian. Menurut laporan awal kepada kementerian lebih 25 orang dikhuatiri mati,” kata jurucakap kementerian Dalam Negeri Nepal, Deepak Kafle.

Talian telefon dan bekalan elektrik juga turut terjejas berikutan hujan lebat yang menyukarkan kerja baiki pulih di kawasan pedalaman.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 August 2017 11:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]