Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bendera BN dicabut: UMNO Bukit Bintang lapor polis

11 APRIL: Pemuda UMNO Bukit Bintang membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki yang mencabut dan merosakkan bendera BN yang dipercayai berlaku di sekitar Jalan Sultan Abdul Samad dan Jalan Tun Sambanthan 4, di ibu kota.

Ketua Pemuda bahagian, Jefree Zain Affendi Dan Yunan berharap siasatan dilakukan segera serta mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut mendakwa tindakan itu satu perbuatan khianat dan provokasi yang boleh menimbulkan suasana tegang.

“Saya berharap perkara ini tidak berulang dan kita dapat bertanding secara sihat,” katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, malam tadi.

Laporan terbabit adalah susulan video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mencabut dan merosakkan bendera BN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 April 2018 11:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: