Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bendung gejala cabar kedudukan Islam

1 DIS: Sultan Terengganu bertitah supaya pihak berkuasa  agama negeri bertindak dalam menangani suara-suara yang terus mempertikaikan kedudukan  Islam dalam Perlembagaan.

Menurut Sultan Mizan Zainal Abidin, perkara negatif seumpama itu akan menimbulkan kecelaruan dalam kalangan jika tidak dibendung.

“Beta mencadangkan agar masyarakat diberikan pencerahan ilmiah menerusi program kuliah, seminar, kursus, khutbah, edaran risalah dan lain-lain cara yang difikirkan perlu, setiap kali berbangkitnya isu semasa yang boleh menimbulkan kecelaruan,” ujar baginda.

Sultan Terengganu (foto) turut mengajak rakyat agar kembali kepada ajaran Islam sebenar yang mengutamakan  hubungan persaudaraan, kasih sayang dan toleransi  tanpa had sempadan warna kulit dan keturunan.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra.

Terdahulu sebanyak 45 kontinjen membabitkan seramai 1,800 peserta dari pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan sekolah menyertai perarakan Maulidur Rasul.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 December 2017 5:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: