Kategori Berita Utama

Berapa ramai pemimpin pembangkang miliki dwi kerakyatan?

18 MEI : Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang, Senator Datuk Fahariyah Nordin mendesak pembangkang membuktikan kesetiaan mereka sebagai warganegara Malaysia di hadapan umum.

Menurutnya, selama ini, pembangkang hanya tahu mencari kesalahan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sedang hakikatnya pembangkang sentiasa beretorik dan hanya berpolitik setiap masa demi kepentingan masing-masing.

“Sejak kes ADUN Pujut terbongkar, kini kepimpinan pembangkang perlu memikul tanggungjawab dan membuktikan kewarganegaraan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Gesaan oleh Fahariyah adalah berikutan peristiwa pelucutan kelayakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut pada minggu lepas selepas dikatakan memiliki dua kewarganegaraan.

Sementara itu beliau menyifatkan tindakan Tiong Choon merahsiakan status pemilikan dwi kerakyatan dianggap memalukan serta menghinaPerlemba gaan Persekutuan.

“Ekoran daripada isu ini sudah pasti kini timbul persoalan berapa ramaikah sebenarnya pemimpin pembangkang yang mempunyai dua kewarganegaraan.

“Ini kerana umum mengetahui ramai pemimpin pembangkang yang mempunyai hubungan istimewa dengan negara jiran maka tidak mustahil ada di kalangan pemimpin pembangkang memiliki kerakyatan negara lain,” tambah beliau yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri Malaysia.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2017 7:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: