Kategori Berita Antarabangsa

Beratus pelarian terkorban, bot karam di Mediterranean

5 OGOS : Beratus-ratus pelarian dikhuatiri terkorban selepas bot nelayan yang mereka naiki karam di Laut Mediterranean berhampiran Libya.

Bot yang membawa lebih 600 pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak itu sebelumnya menghantar isyarat pelarian karamkecemasan yang dijawab pasukan pengawal pantai di Sicily, Italy.

Dua bot penyelamat dihantar ke lokasi kejadian namun bot nelayan terbabit karam selepas ratusan pelarian di dalamnya berebut-rebut mahu diselamatkan.

Sehingga kini, 250 pelarian berjaya diselamatkan, 16 telah disahkan terkorban manakala ratusan yang lain masih hilang.

Tiga buah kapal lagi telah dihantar untuk membantu mengesan mangsa-mangsa yang terselamat.

Lebih 2,000 pelarian telah terkorban manakala hampir 188,000 berjaya diselamatkan sewaktu merentasi Laut Mediterranean bagi melarikan diri dari kehidupan sukar dari zon peperangan di Syria, Libya dan Eritrean.

Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean Claude Juncker berkata, kerajaan-kerajaan Kesatuan Eropah (EU) pelarian matibertanggungjawab untuk membantu isu kebanjiran pelarian di Eropah dan tidak tunduk tekanan populis menghantar pelarian pulang.

Beliau katanya kecewa kegagalan menteri-menteri EU mencapai persetujuan bulan lalu berhubung pengagihan penempatan 40,000 pelarian Syria dan Eritrean yang kini menghuni kem-kem pelarian di Italy dan Greece.

Hampir kesemua pelarian yang menyeberangi Laut Mediterranean tahun ini mendarat samada di Italy (97,000 orang) dan Greece (90,500 orang).

Sejumlah 1,930 pelarian terkorban sewaktu menyeberangi laluan Libya ke Italy manakala laluan Libya ke Greece pula menyaksikan 60 kematian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 August 2015 12:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: