Kategori Analisa Isu SemasaBerita Utama

JANGAN BESAR KERAK DARIPADA PERIUK

9 JAN  : Pembangkang menggambarkan tahun 2014 adalah tahun penderitaan kepada rakyat ekoran kenaikan harga barangan serta bebanan lain antaranya tarif elektrik dan tol.

Ramai juga yang terima bulat-bulat momokan pembangkang yang menuduh kononnya pemimpin kerajaan boros tetapi rakyat pula menderita selepas memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada PRU 13 Mei lalu.

Ada yang lupa kerajaan sudahpun memaklumkan mengenai merasionalisasi semula subsidi bagi memberi manfaat kepada rakyat yang layak.

Begitu juga tujuan pelaksanaan GST yang bermula April tahun depan yang dijadikan modal politik pembangkang bahawa harga barangan keperluan harian akan naik sedangkan kerajaan sudah memberi jaminan barang-barang asas keperluan dapur tidak terbabit.

krim

Kedai Rakyat 1 Malaysia tawar harga lebih murah

Apa ruginya jika dahulu dikenakan cukai 16 peratus tetapi hanya tinggal 6 peratus dengan pelaksaan GST.

Malangnya, apa yang digembar-gemburkan pembangkang seolah-olah rakyat tiada pilihan lain dan harus bangkit menentang kerajaan yang didakwa mereka zalim.

Sebab itu dirancang perhimpunan Guling Kerajaan tetapi ditukar kepada TURUN bagi menekan kerajaan supaya tidak menindas rakyat dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Sebenarnya, rakyat masih ada banyak pilihan dalam berdepan isu kenaikan harga barang-barang.

Antaranya sikap berhemah dan berjimat cermat ketika berbelanja.

Selain menjimatkan wang, sikap sedemikian juga dituntut oleh Islam dan agama-agama lain.

Rakyat boleh memilih berbelanja membeli barangan dapur di sesetengah pasar raya yang kerap menawarkan potongan harga.

Antaranya Tesco, Giant dan Mydin yang diketahui menjadi tumpuan umum berbelanja barang-barang keperluan.

Pilihan lain adalah di pasar-pasar tani di seluruh negara kerana di sesetengah tempat, harga di pasar tani lebih murah berbanding di pasar-pasar raya utama.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sudah melancarkan Program Jimat Berbelanja Dapur di pasar-pasar tani yang memastikan harga 22 barangan keperluan dapur lebih murah.

Setakat ini, ada 157 pasar tani beroperasi di kawasan-kawasan awam termasuk di taman perumahan.

Cuma FAMA perlu memastikan operasi pasar tani perlu lebih kerap sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu bagi kemudahan orang ramai berbelanja.

Sebagai contoh penjimatan bagi harga ikan, Persatuan Nelayan Kebangsaan atau NEKMAT disyorkan memberi tiga pilihan harga kepada pengguna iaitu ikan segar tempatan, segar import dan sejuk beku.

FAMA juga perlu meluaskan program Karavan Tani menjalankan perniaga di kawasan perumahan kos rendah yang tidak boleh dijangkau melalui pasar tani.

ikan

Pembeli boleh memilih ikan yang segar dan sesuai di Pasar Tani

Bagi barang-barang lain yang kena import seperti bawang, kawalan lesen oleh Kementerian Pertanian dan Industtri Asas Tani perlu.

Kerajaan tidak boleh membiarkan pelesen memonopoli pengimportan yang membolehkan syarikat menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana tiada persaingan.

Manakala, Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan wajib memastikan pihak penguatkuasaan menggenakan tindakan keras terhadap pihak yang menaikkan harga sesuka hati hingga membeban pengguna.

Alternatif lain menggunakan kemudahan Kedai 1 Malaysia yang sudah diakui harga barangan lebih murah berbanding pasar raya atau supermarket.

Lagipun kualiti barangan ang ditawarkan juga baik.

Rakyat juga masih ada banyak pilihan untuk membeli barangan keperluan termasuk pakaian kerana sudah banyak syarikat kini bersaing menawarkan harga pakaian atau kain pada harga murah.

Selain itu, ada kedai Kain 1 Malaysia juga  dijangka bertambah daripada 25 premis kepada 50 premis pada tahun ini.

gst

GST memastikan sesiapa berbelanja lebih kena membayar lebih

Dalam soal penjagaan kesihatan, Klinik 1 Malaysia kini sudah jadi pilihan utama rakyat dan bilangannya juga dijangka bertambah kerana kerajaan yang dapat menjimatkan wang hasil pengurangan subsidi merancang menambah jumlah klinik tersebut pada masa depan.

Sebenarnya, rakyat perlu berlapang dada dan berfikiran tenang tanpa perlu rasional dan terikut-ikut rentak pembangkang yang tujuan jelas menghasut rakyat bencikan kerajaan sedia ada.

Segala kenaikan yang perlu cuba diserap kerajaan dengan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk peningkatan bantuan BR1M dan kemudahan lain.

Cuma ada antara rakyat barangkali terlupa kerana sudah selesa dengan sikap menerima daripada memberi sedangkan kerajaan tidak perlu apa-apa daripada  orang ramai kecuali bijak berbelanja ketika berdepan kenaikan harga barangan.

Itulah matlamat kerajaan apabila membuat keputusan mengurangkan atau memansuhkan subsidi bagi menjamin rakyat yang benar-benar layak menikmati bantuan kerajaan.

Rakyat tidak harus melatah dengan gelagat pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan seolah-olah mahu menjadi ketam mengajar anak berjalan betul.

Lihat sahaja bagaimana mereka berdiam diri terhadap kritikan rakyat apabila kerajaan PKR Selangor menaikkan gaji Menteri Besar, Speakar, timbalan, Exco dan Adun di negeri itu.

Mereka mahu menutup pekung sendiri dengan cara mencari keburukkan kerajaan.

Padahal rakyat Malaysia semuanya semakin bijak dan tahu untuk mengatur perbelanjaan yang sesuai ibarat ‘ukur baju di badan sendiri’ dan bukannya bertindak seperti ‘ besar kerak daripada periuk’.

Berjimat berbelanja tidak merugikan – tepuk dada tanya selera. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 January 2014 9:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: