Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bergelut dengan Lans Koperal, seluar pegawai SPRM terkoyak

9 MAC: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Sembilan dilaporkan terkoyak seluar ketika bergelut dengan seorang anggota polis yang didakwa menerima sogokan daripada tahanan lokap.

Dalam kejadian hari ini di sebuah kedai akuarium di Tampin Square, anggota polis berpangkat Lans Koperal (foto) ditahan jam 2 petang tadi berikutan membekalkan rokok kepada seorang lelaki di lokap Balai Polis Tampin.

Sebuah portal berita yang memetik sumber berkata individu berkenaan ditahan lokap antara 2 hingga 6 Mac lalu berikutan terbabit kes gaduh di Tampin.

“Suspek yang berkhidmat di balai berkenaan dipercayai membekalkan bahan larangan iaitu rokok dan menerima wang RM400.

“Bertindak atas aduan, lapan pegawai SPRM ke Tampin Square untuk menahannya namun suspek enggan bekerjasama sehingga timbul pergelutan yang menyebabkan seluar seorang pegawai terkoyak pada bahagian lutut.

Suspek dijangka akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 March 2018 8:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: