Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Berita baik elaun pegawai, anggota APM dinaikkan

11 MAC: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kenaikan elaun anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Timbalan Perdana Menteri berkata kenaikan bagi pegawai ialah daripada RM7.80 ke RM9 sejam dan anggota RM6 ke RM8 sejam.

Beliau turut mengumumkan penambahan bajet untuk pakaian seragam pasukan itu sebanyak RM10 juta tahun ini berbanding RM5 juta tahun lalu.

Zahid turut mengarahkan permohonan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambahkan perjawatan tetap dan kenaikan gred perjawatan itu.

Menurutnya, kenaikan elaun itu merupakan penghargaan kepada anggota dan pegawai APM di seluruh negara.

“APM bukan tangkap ular sahaja, mereka adalah wira yang tidak didendang kerana mereka akan berada di mana-mana lokasi yang berlaku bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2018 2:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: