Kategori Berita Utama

Berita gembira, pekebun RISDA terima agihan dividen RM112.33j

3 APRIL: Dakwaan kononnya nasib para pekebun Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di negara ini masih belum cukup terbela adalah tidak benar.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih tampuk kepemimpinan negara pada 2009, pelbagai transformasi telah dilaksanakan bagi membela nasib dan kebajikan golongan itu.

Tambah Najib, antara yang dilakukan ialah menaikkan elaun pekebun kecil RISDA dari RM300 hingga RM500 pada 2012 kepada RM800 pada 2014.

“Kita memberi insentif Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah pada 2013, 2014 dan 2016 yang berjumlah RM492.4 juta, Skim Bantuan Khairat Kemajuan Pekebun Kecil (RM5.24 juta) pada 2015 dan peruntukan RM10 juta untuk Program Generasi Muda Pekebun Kecil dalam Bajet 2014.

“Kerajaan turut memberikan subsidi RM20,000 untuk Rumah Bina Negara generasi kedua luar bandar di bawah RISDA,” katanya ketika berucap dalam majlis Pe­nyampaian Dividen RISDA Pe­ringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Perbandaran Temerloh di Kampung Ketam, Kuala Krau pahang hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif.

Dalam majlis berkenaan, Najib turut mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM112.33 juta kepada 33,523 pekebun kecil RISDA di seluruh negara, meningkat 5.17 peratus daripada RM106.81 juta pada tahun lalu.

Sebanyak RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta rancangan tanaman baharu berkelompok (RTBB) dan RM72.73 juta lagi kepada 17,443 peserta tanam semula komersial (TSK).

Mengulas lanjut Najib berkata, sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan me­nyalurkan peruntukan hampir RM1.4 bilion kepada RISDA untuk digunakan bagi kemajuan industri getah negara dan para pekebun kecil.

“Dalam RMK-11 pula, kesinambungan diteruskan demi pemba­ngunan sosioekonomi para pekebun kecil yang mana kerajaan memperakukan sebanyak RM2.9 bilion kepada RISDA, yang secara keseluruhannya menyaksikan pe­ningkatan 48 peratus berban­ding sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri mengimbau sejarah RISDA yang dilancarkan penubuhannya oleh ayahanda sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 8 Februari 1973.

“Saya berbangga apabila RISDA menggunakan pendekatan ‘integrated” untuk menjaga kebajikan pekebun kecil secara keseluruhannya. RISDA bermula dengan menguruskan penanaman semula hanya seluas 40,872 hektar pada 1973 membabitkan 15,048 pekebun kecil.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2018 12:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: