Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bersatu pertahan Palestin, titah Raja Perlis

15 DIS: umat Islam di negara ini bersatu hati untuk terus menyokong perjuangan mempertahankan hak rakyat Palestin, titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Berikutan itu, baginda juga menyifatkan bahawa Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berasa malu susulan memiliki seorang ketua negara yang sanggup tunduk kepada Israel

Tegas Raja Perlis, situasi di Palestin adalah isu akidah bagi umat Islam dan wajib dipertahankan kerana isu berkenaan sentiasa berterusan sejak dahulu lagi.

“Jika tidak berada di sana secara fizikal, biarlah hati dan doa kita sentiasa dekat dengan Palestin.

“Sebagai rakyat Malaysia melalui suara kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita perlu menyedarkan masyarakat dunia bahawa Amerika Syarikat patut malu mempunyai ketua negara yang tunduk dan menjadi alat kepada Israel,” titah baginda pada program ‘Raja Memimpin Umat – Isu Palestin’ di Masjid Tuanku Syed Putra, Arau hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan lebih 500 hadirin.

Program yang bermula sejak pagi tadi dianjurkan sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan bantahan terhadap tindakan Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Antara pengisian program adalah perbahasan wakil parti politik merangkumi UMNO, PAS, PAN serta NGO.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 December 2017 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: