Kategori Berita Utama

Bertindak, bukan sekadar sayang dalam hati

13 FEB : Rakyat Malaysia yang menghargai maruah dan kedaulatan negara diseru bertindak menyatakan sokongan dengan menandatangani petisyen meminta kerajaan Amerika Syarikat, (AS) tidak campurtangan dalam urusan undang-undang negara ini.

kibar bendera malaysiaTindakan itu bertujuan mematahkan satu petisyen yang diwujudkan di laman web White House bagi mendesak AS menjadikan kebebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dasar utama hubungan dua halanya dengan kerajaan Malaysia.

Petisyen rakyat Malaysia bertarikh 11 Febuari meminta rakyat AS menghormati kedaulatan negara ini dan AS tidak layak mempersoalkan keadilan sistem perundangan Malaysia.

Butiran petisyen itu juga turut menyuarakan kemarahan rakyat Malaysia berhubung kenyataan Rumah Putih yang melahirkan ‘kekecewaan mendalam’ terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Petisyen turut menyebut bahawa Anwar diberi segala peluang untuk membela diri namun tidak menggunakan ruang itu apabila enggan disoal balas malah tidak mengemukakan sebarang saksi.

Selain itu, AS juga diminta memeriksa rekod hak asasi individu di negara itu sendiri termasuk berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay sebelum cuba mempersoalkan undang-undang negara lain.

PETISYEN“Kami rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan meminta Amerika Syarikat supaya berhenti masuk campur dalam undang-undang Malaysia,” kata kenyataan itu.

Petisyen itu memerlukan 100,000 tandatangan sehingga 13 Mac depan dan sehingga kini 4,125 warga Malaysia sudah menandatanganinya.

Petisyen boleh dilayari di https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg

Sesiapa sahaja boleh menandatangani petisyen asal memiliki akaun e-mail dan ianya amat mudah untuk disertai.

Untuk itu, sama-samalah kita tandatangani petisyen itu sebagai tanda kasih kepada negara, bukan sekadar ucapan di dalam hati, malah kita warga Malaysia, bukan semata-mata mengharapkan kerajaan melakukan segalanya untuk rakyat.

Ayuh, maklumkan kepada rakan, saudara dan semua sahabat taulan dan ingat, sila gunakan kuasa rakyat yang ada ditangan anda, jangan nanti sudah terhantuk baru nak tengadah.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 1:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: