Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Betulkah Anwar keluar kenyataan?

13 JAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan sekalipun masih terpenjara.

Menurutnya, sebarang bentuk komunikasi yang dikeluarkan seorang banduan adalah dikawal dan perlu mendapat kebenaran ketua pengarah Jabatan Penjara.

“Sejak akhir-akhir ini, saya melihat banyak kenyataan dikeluarkan Datuk Seri Anwar dan saya tertanya adakah kenyataan itu benar dikeluarkan beliau,” kata Jazlan selepas menyempurnakan Majlis Ulang Tahun Persatuan Kebajikan Anak Minangkabau negeri Johor kali ke-7 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di Johor Bahru, Jumaat.

Sebelum ini, antara kenyataan yang didakwa dikeluarkan Anwar termasuk PKR bersetuju secara prinsip dengan cadangan Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

“Adakah benar beliau memberi kenyataan mengenakan tiga syarat untuk Dr Mahathir menjadi calon perdana menteri.

“Kalau ada orang tengah yang membawa mesej daripada Anwar yang tidak diluluskan Jabatan Penjara, ia merupakan satu kesalahan yang boleh memberikan impak kepada tempoh tahanannya,” kata Ahli Parlimen Pulai itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 12:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: