Kategori Berita Utama

Bila PH jadi kerajaan, Azmin beriya selesaikan isu air Selangor

16 MEI: Hanya seminggu Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Persekutuan, baharu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang dilantik semula kembali memikirkan hasrat untuk menyegerakan penstrukturan industri air di negeri itu.

Katanya ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat, malah sudah sudah dimasukkan ke dalam agenda utama pentadbirannya.

“Kerajaan negeri akan mendapatkan persetujuan Putrajaya bagi memuktamadkan penstrukturan semula air Selangor,” katanya pada sidang media, Rabu di Shah Alam.

Sebelum ini kelewatan penstrukturan semula air berlaku selepas kerajaan Selangor sebelum PRU14 mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji terbabit sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan.

Dalam masa yang sama, Azmin sebelum ini didakwa menggunakan pentas DUN Selangor untuk membuat serangan bagi mendapatkan simpati dan melemparkan tohmahan kepada Kerajaan Persekutuan sebelum ini, sedangkan semua pihak didakwa mengetahui masalah berkaitan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) tidak selesai ekoran kegagalan Azmin sendiri menguruskannya.

Dalam penstrukturan air itu juga, Azmin dilaporkan mengumumkan keputusan kerajaan negeri membatalkan rundingan perjanjian utama penstrukturan industri perkhidmatan air Selangor dengan menggunakan alasan bahawa kerajaan Pusat mahu mengambil alih tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer yang disifatkan bercanggah dengan perjanjian dipersetujui sebelum ini.

Bagaimanapun, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dilaporkan menafikan alasan yang dibuat Timbalan Presiden PKR itu dan­ menegaskan, kerajaan Persekutuan ketika itu tidak pernah meminta Sela­ngor untuk menyerahkan tanah di bawah perjanjian utama penstrukturan air.

Meskipun diajar cara bagaimana kerajaan negeri boleh mendapatkan nilai pengambilalihan untuk ditawarkan kepada SPLASH, namun Azmin tetap keras kepala dan enggan menyelesaikannya pada penggal lalu pemerintahannya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 3:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: