Kategori Berita Antarabangsa

Bintang K-Pop hisap ganja, berdepan penjara 5 tahun

29 JUN: Artis K-Pop dari kumpulan Big Bang, Choi Seung-hyun  yang menjadi kegilaan remaja di Malaysia didakwa di mahkamah tanpa ditahan selepas mengambil dadah jenis marijuana pada Oktober lepas.

Menggunakan T.O.P sebagai nama pentas, beliau berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga 50 juta won (RM189,000) jika bersalah.

Memetik laporan agensi berita Korea Selatan iaitu Yonhap, sebelum sesi perbicaraan bermula, Seung-hyun membuat pengakuan bahawa dia menyesal dan bersedia menerima apa sahaja hukuman.

Awal bulan ini, T.O.P dikejarkan ke hospital dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri akibat mengambil dadah jenis Benzodiazepine secara berlebihan.

Doktornya memberitahu bahawa kebiasaannya dadah berkenaan digunakan bagi merawat keresahan dan kemurungan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 June 2017 5:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: