Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BKUM tumpu isu kebajikan dalam Dialog Bajet 2017

29 SEPT : Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) telah diberi peluang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersama-sama dalam Dialog Bajet 2017 di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Dalam dialog tersebut, Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata BKUM menumpukan pelbagai isu yang melibatkan kebajikan rakyat dengan mengambil kira semua pandangan daripada akar umbi.

whatsapp-image-2016-09-29-at-12-18-49-pm“Kita faham dalam keadaan ekonomi.yang mencabar pasti tidak mudah untuk kerajaan merangka Bajet 2017 namun kita percaya kerajaan akan tetap menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat terutama mereka yang miskin serta kurang berkemampuan dan semua pihak yang lain.

“Justeru itu, sebagai biro yang sentiasa membela isu dan kepentingan rakyat kita harap serta percaya kerajaan akan memberikan pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir dalam dialog tersebut, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.

Menurut Shamsul lagi, penglibatan BKUM ini juga menunjukkan fungsi BKUM tidak terhad hanya membantu ketika bencana tetapi lebih jauh daripada itu.

whatsapp-image-2016-09-29-at-12-18-50-pm“BKUM mesti membela dan berjuang soal kebajikan rakyat keseluruhannya kerana itu di antara tumpuan utama isu dalam dialog ini ialah berkaitan Kos Sara Hidup Rakyat dan pembelaan kepada pelbagai kumpulan rakyat dalam negara ini,” tambahnya lagi.

Dalam dialog tersebut, BKUM telah diwakili oleh pelbagai peringkat kepimpinan parti di pusat, negeri dan juga bahagian bahagian.

Ia bertujuan untuk memastikan suara pelbagai peringkat dapat dibawa dalam dialog yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II sendiri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 September 2016 2:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: