Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Blog pembangkang pertahan isu skandal Zairil DAP

4 MEI : Terdapat blog pro pembangkang membela tindakan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berhubung skandalnya dengan beberapa wanita berbeza.

Menurut SuaraPakatanHarapan.com, Zairil tidak wajar dipersalahkan dalam hal tersebut kerana sebagai lelaki beliau sudah tentu tidak akan menolak peluang yang terhidang di depan mata.

Ia berikutan gambar Zairik bercium sebelum ini  dengan calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud tersebar pada pertengahan bulan lalu, netizen dikejutkan lagi dengan sebuah rakaman pendek yang dimuat naik di Facebook Tun Carlos.

Video tersebut menunjukkan Zairil berpegangan tangan dengan seorang wanita yang merupakan wartawan yang bertugas di sebuah portal berita.

Blog pro pembangkang mula membela tindakan Zairil itu apabila menyatakan beliau boleh berpacaran dengan ramai wanita.

“Masyarakat tidak seharusnya menyalahkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Zairil Khir Johari bila beliau sering kali dilihat berhubungan dengan pelbagai wanita berbeza – selain dari isterinya.

“Sebagai lelaki yang beragama Islam, Zairil bukan sahaja boleh berpacaran dengan ramai wanita, kahwin pun boleh sampai 4 orang!! Jadi apa masalahnya?” tulis blog SuaraPakatanHarapan.com.

“Sepatutnya wanita-wanita itu semualah yang dipersalahkan kerana masih keluar dengan Zairil sekalipun sudah tahu lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak, bukan Zairil. Bukan Zairil merahsiakan perkahwinannya pun.

“Bercakap tentang itu (berkahwin dan mempunyai anak), yang isteri Zairil pun tak berkata apa, kita pulak sibuk nak menghukum itu dan ini, siapa kita,” tulis blogger itu lagi.

Tulisan blogger terbabit mendapat reaksi sebuah laman portal pro Barisan Nasional yang mempertikaikan perkara itu.

Menurut portal tersebut, pembangkang tidak wajar membela Zairil kerana tindakannya itu yang jelas telah mencemar keperibadiannya.

“Persoalannya kini, adakah pemimpin sebegini yang kita mahu warisi buat cucu cicit kita akan datang? Adakah di tahun 2050 nanti kita mahu melihat aktiviti seperti melacur, meliwat, bergaul bebas lelaki perempuan amat berleluasa daripada pucuk pimpinan negara sehinggalah ke peniaga pasar malam?

“Jika ada dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berkelakuan tidak bermoral sebegini, sudah semestinya pihak pembangkang akan mendesak beliau melepaskan jawatan serta merta sehingga sanggup melakukan demonstrasi dan sebagainya.

“Namun ketika pemimpin mereka sendiri yang terpalit dengan isu-isu sebegini, kemana perginya mereka yang kununnya mahu berjuang atas nama rakyat? Adakah rakyat mahu moral masyarakat kita rendah?” tulis laman portal berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 May 2017 12:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: