Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Blogger lapor SKMM perbuatan fitnah Guan Eng

17 MAC: Seorang blogger membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa memuat naik berita palsu menerusi laman sosialnya.

Ragvinder Singh Jessy mendakwa, Setiausaha Agung DAP itu sengaja berkongsi artikel berita palsu terbitan portal milik kerajaan Pulau Pinang di www.bulentinmutiara.com tentang projek terowong dasar laut.

“Berita palsu itu berbaur hasutan dan fitnah termasuk menuduh Barisan Nasional (BN) membeli undi rakyat dengan menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya seperti dipetik portal TMI.

Pemilik blog www.thethirdforce.net itu turut menggesa SKMM melakukan siasatan segera terhadap Guan Eng kerana tindakannya itu boleh menggugat kestabilan negara serta menjejaskan keharmonian rakyat.

Tegas beliau, sebagai seorang pemimpin, Guan Eng perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tindakan menyebarkan berita palsu serta fitnah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2018 7:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: