Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BMI Research: Manifesto PH ranapkan ekonomi Malaysia

21 MAC: Sebuah firma penyelidikan ekonomi antarabangsa melabelkan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebagai berpotensi menganggu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

BMI Research berkata kebanyakan kandungan manifesto seperti pemansuhan tol, PTPTN dan GST adalah berbentuk populis dan tidak realistik.

“Mengambil contoh GST yang menyumbang kepada 17 peratus pendapatan kerajaan dan berkembang daripada 13.7 peratus pada suku kedua 2015, penghapusan GST boleh menyebabkan kemerosotan kepada pendapatan negara.

” Kami percaya PH akan berhadapan kesukaran untuk melaksanakan 10 janji dalam masa 100 hari dan bakal menerima rungutan orang ramai terhadap kerajaan,” katanya hari ini.

BMI Research menambah bahawa hubungan di antara Malaysia dengan China juga bakal terjejas jika PH menyemak semula kontrak bagi projek infrastruktur berskala besar.

“Jika siasatan terperinci berhubung projek dibiayai dana asing dilakukan, ia akan menyebabkan ketegangan dengan China.

“Malah komuniti Cina yang menyokong DAP akan berasa terpinggir kerana mereka juga berpihak kepada Beijing,” kata firma yang berpengkalan di Britain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2018 10:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: