Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BN ada harapan di Kajang jika kerja kuat, tidak berbalah – Pak Lah

19 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, bukanlah halangan besar untuk Barisan Nasional (BN) menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 23 Mac ini jika berjaya menjelaskan isu semasa yang dibangkitkan, terutamannya oleh pembangkang.

Katanya, BN ada peluang menang pada PRK DUN berkenaan jika memberi tumpuan penuh ketika berkempen.

“Peluang itu ada kalau kita (BN) boleh menjelaskan dan memberi keterangan dengan baik kepada pengundi di sana. 

“Jika perlu kita menghadapinya, kita kena hadapinya dengan baik, apa juga tindakan yang diambil mestilah diberikan dengan hujah dan keterangan yang baik, jika tidak ia tidak beri kebaikan kepada parti” kata beliau yang mesra dipanggil Pak Lah.

Bagaimanapun situasi itu akan berbeza jika jentera BN saling bertelagah dan berselisih faham sesama sendiri dalam usaha menundukkan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diletakkan sebagai calon PKR di Kajang.

Pak LAh“BN ada peluang (menang) kalau kerja kuat, kempen kuat, adalah harapan, kalau sentiasa bergaduh, tiada harapan,” tegas Pak Lah.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar In Commemoration of Prof Datuk Dr Mohamed Mackeen Abdul Majid di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada Rabu.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai BN yang masih belum mengumumkan nama calon bagi PRK DUN Kajang, meskipun Anwar sudah memulakan lebih awal sebelum penamaan calon 11 Mac depan.

“Itu (umum calon BN) kita serah kepada parti, bilakah waktunya hendak mengambil tindakan (umum calon) dan siapakah calon yang sesuai,” katanya.

PRK DUN Kajang terpaksa diadakan selepas bekas ADUN, Lee Chin Cheh meletak jawatan 27 Januari lalu.

Sehingga Rabu, BN masih belum memutuskan siapa akan menentang Anwar walaupun MCA telah menyatakan kesediaan untuk meletakkan calonnya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2014 5:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: