Kategori Berita Utama

BN beri jaminan laksana transformasi lebih komprehensif PRU14

6 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Pengumuman Khas Tarikh pembubaran Parlimen memberi jaminan kepada rakyat yang BN akan melaksanakan transformasi dengan lebih komprehensif jika terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Katanya, apa yang dilakukan BN sebelum ini sebaik sahaja memperoleh mandat pada PRU lalu telah dilaksanakan sebaik mungkin, malah juga memberi manfaat besar kepada rakyat seluruhnya.

Jelas beliau manfaat tersebut merangkumi semua aspek termasuklah bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan, bantuan khusus kepada golongan B40 serta beberapa insiatif lain yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Pengumuman Khas mengenai pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara online menerusi aplikasi telefon Pintar

“Hampir 5 tahun dulu ketika saya angkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada tanggal 6 Mei 2013 parti BN telah berjaya membentuk kerajaan, setelah diisytiharkan menang pada PRU13 lalu, kerajaan dengan gigih telah teruskan usaha untuk Transformasi Negara dengan berpaksikan kepada 2 kerangka besar. Yang pertama Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, dicetuskan pada 2009 dan dasar TN50 yang dimulakan pada 2010.

“Kerajaan telah lakukan transformasi secara inklusif lagi komprehensif dengan tujuh kejayaan kepada rakyat dan negara. Kita dah pastikan ekonomi stabil dan berdaya tahan meskipun sewaktu saya ambil alih tampuk kepimpinan ekonomi menguncup sebanyak 1.5 peratus, tetapi kita hadapi krisis kewangan secara teratur, ” katanya.

Membuktikan perkara itu Najib berkata tahun lalu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5.9 peratus sekaligus menyangkal tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan Malaysia bakal bankrap.

Tambah beliau, peningkatan KDNK yang positif itu juga disebabkan beberapa insiatif yang telah dilakukan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Ia setimpal demgan kos sara hidup semasa, kita telah melaksanakan kadar gaji minimum sebanyak RM1000 di semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak, kita telah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 2.26 juta, hampir pada sasaran iaitu sebanyak 3.3 juta yang sepatutnya kita wujudkan.

“Malah pada 28 Mac 2018 Aramco menyuntik hampir RM30 bilion dana pelaburan yang dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kepada anak muda.

“Kita juga telah melaksanakan pembangunan infra rakyat, MRT fasa pertama dan mencipta sejarah apabila ia disiapkan dengan lebih awal, pembinaan ECRL yang menjadi pemangkin pembangunan di sebelah pantai timur, kerajaan juga telah menjayakan high speed rail dari Malaysia ke Singapura yang membuka peluang dasar ekonomi buat rakyat Malaysia,” ujarnya.

Namun jelas Najib segala usaha itu masih lagi menimbulkan ketidakpuasan hati oleh pihak pembangkang yang menyatakan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang gagal.

“Dari sudut mana yang kita gagal? Kita telah melakukan pelbagai inisiatif untuk ringankan benam rakyat. Kita perkenalkan BR1M, KR1M 2.O, Jualan Sentuhan Rakyat dengan menawarkam harga yang lebih rendah, UTC yang diwujudkan sehingga 10 malam, elaun untuk petani, nelayan, pesawah dan sebagainya.

“Begitu juga dengan rumah mampu milik, PR1MA, SPNB, untuk pendidikan pula bagi pra sekolah kita berikan secara percuma, perungkat universiti hampir kesemua rakyat tanggung, yuran hospital hanya RM1 sahaja yang perlu rakyat bayar.

“Hampir semua golongan merasai nikmat dan dasar yang disediakam kerajaan,” jelas Najib.

Tambah beliau kesemua perkara yang dijanjikan dalam Akujanji BN dulu telah dilaksanakan semuanya mencapai 99.4 peratus.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 April 2018 1:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: