Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BN berperanan tegur kerajaan, kata Rafizi Ramli

17 MEI: Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan sebagai pembangkang dengan menegur kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi memastikan urus tadbir yang telus serta berkesan, kata  Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“PH kena ingat kita perlu sayang kepada pembangkang kerana mereka perlu menjaga kita.

“BN dan PAS  ada tugas besar bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat diangkat,” katanya ketika berucap sempena himpunan meraikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Timur, Petaling Jaya malam tadi.

Hadir sama seluruh pimpinan PH yang dibarisi, PKR, PAN, DAP dan PPBM.

Pada masa sama, Rafizi (foto) mengingatkan pengamal media supaya membuat liputan kepada semua parti.

“Saya minta TV3, RTM, Utusan dan semua media supaya berlaku adil kepada BN, PAS, PH untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 1:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: