Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BN bersiap sedia lancar manifesto lebih baik

14 MAC: Persiapan menghadapi PRU 14 semakin rancak engan Barisan Nasional (BN) dijangka melancarkan manifesto secara besar-besaran pada 7 April ini, di Stadium Bukit Jalil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan manifesto PRU 14 yang terbaik dalam memperjuangkan nasib rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pemimpin-pemimpin komponen dijangka hadir pada majlis itu selain ribuan penyokong BN.

Pada PRU-13, Najib melancarkan manifesto BN di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 6 April 2013, iaitu 28 hari sebelum hari mengundi.

Difahamkan, manifesto berkenaan mengandungi janji dan tawaran dengan matlamat yang jauh lebih baik.

Pada PRU 13, BN menyenaraikan 17 janji dalam manifesto BN bertemakan ‘Menepati Janji Membawa Harapan’.

Baru-baru ini, Najib mengumumkan 97.6 peratus daripada janji kerajaan dalam Manifesto tersebut dapat diselesaikan.

Selain pelancaran manifesto, BN juga dijangka mengumumkan lebih awal senarai calon yang akan bertanding pada PRU 14 kemungkinan selepas parlimen dibubarkan sebelum akhir bulan ini.

Ada menjangkakan pengundiaan akan diadakan pada minggu akhir April atau selewat-lewatnya 5 Mei depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 2:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: