Kategori Berita Utama

BN komited majukan pendidikan negara- Najib

2 MAC: Kerajaan BN akan terus mempertingkatkan komitmen dalam memastikan bidang pendidikan negara terutama di Sabah akan terus maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Apa yang dilakukan kerajaan pada masa ini adalah untuk terus meningkatkan kemajuan bidang pendidikan dan proses pembelajaran dan pengajaran.

“Ia menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN sangat komited untuk membangunkan sekolah-sekolah daif kepada sekolah yang lebih moden bukan saja dari segi bangunan tetapi memasukkan unsur-unsur seperti bilik darjah abad ke-21,” katanya hari ini.

Pengerusi BN itu berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telipok, Sepanggar.

Turut serta dalam lawatan ialah Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas pembinaan SMK dan SK Pekan Telipok dalam satu lokasi yang sama, Najib menyifatkan ia sangat baik.

“Kedua-dua sekolah dapat berkongsi pelbagai kemudahan seperti padang,” katanya.

Sementara itu, kos pembinaan SMK Pekan Telipok adalah sebanyak RM31 juta, manakala SK Pekan Telipok membabitkan RM18 juta.

Sebelum ini, kedua-dua sekolah itu beroperasi di bangunan daif yang terletak dua kilometer dari lokasi baharu.

Bangunan baharu yang  mula beroperasi 20 Feburari lalu menempatkan 837 pelajar dan 58 guru SMK dan 704 pelajar serta 43 guru SK.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 March 2018 1:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: