Kategori Berita Utama

BN lancar portal baharu The Rakyat untuk PRU14

3 DIS: The Rakyat, sebuah portal yang disediakan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah dirasmikan pelancarannya oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Portal itu mengandungi pelbagai maklumat mengenai BN termasuklah maklumat mengenai calon BN untuk PRU14 yang bakal diterbitkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin parti komponen BN pada majlis pelancaran The Rakyat, portal rasmi BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 di PWTC. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kemunculan portal baharu BN ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada orang ramai menerusi pelbagai segmen menarik yang disediakan.

Antara segmen di dalam The Rakyat termasuk manifesto BN, wawancara eksklusif (Bicara 4 Mata), buletin elektronik bernama e Rakyat yang terdiri daripada enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun, majalah (Bumi Dipijak), maklumat grafik, berita dan analisis.

Dewan Tun Hussein Onn, PWTC menjadi saksi apabila Perdana Menteri merasmikan portal tersebut yang turut disaksikan beberapa pemimpin utama BN.

Difahamkan, segmen portal Bicara 4 Mata juga akan dipaparkan di RTM1 jam 9.30 malam ini dan TV3 pukul 11.00 malam ini.

Ia akan dihoskan oleh pengacara terkenal Aznil Nawawi dan tetamu pertama wawancara eksklusif adalah Perdana Menteri sendiri di mana beliau akan menjawab soalan mengenai isu perumahan mampu milik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada pelancaran The Rakyat, Portal rasmi BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 di PWTC

Beberapa aktiviti promosi telah dijalankan oleh media sosial portal tersebut melalui akaun Facebook, Twitter dan Instagram menjelang pelancaran The Rakyat.

Portal ini boleh diakses melalui alamat di internet www.therakyat.com

Orang ramai juga boleh mengetahui aktiviti portal tersebut menerusi media sosial seperti Facebook di www.facebook.com/therakyatofficial, Twitter di www.twitter.com/therakyatrasmi atau Instagram di www.instagram.com/therakyat_official

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 9:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: