Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BN memang petisyen pilihan raya terakhir PRU-13

3 MAC: Parlimen Ketereh menjadi satu lagi kawasan yang diputuskan oleh Mahkamah Pilihan Raya kekal milik Barisan Nasional (BN), Isnin selepas menolak petisyen yang difailkan oleh ahli PKR, Ab. Aziz Ab Kadir bagi membatalkan kemenangan calon BN.

anuar-musa2Hakim Mahkamah Pilihan Raya di Kota Bharu Datuk John Louis O’Hara memutuskan Tan Sri Annuar Musa kekal sebagai Ahli Parlimen (MP) Ketereh yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Beliau turut memerintahkan Ab. Aziz yang juga calon PKR di Perlimen Ketereh pada PRU-13 membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Annuar, dan masing-masing RM10,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ketereh serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketika membuat keputusan itu, Hakim O’hara berkata Annuar telah dipilih secara sewajarnya sebagai MP Ketereh pada PRU13 itu.

Annuar diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga sementara pempetisyen diwakili Hisham Fauzi.

Sebelum itu BN mengemukakan bantahan awal mengikut Seksyen 35(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya pada Disember dan Januari lepas dengan alasan antaranya petisyen berkenaan telah melebihi had masa enam bulan untuk dibicarakan iaitu selepas PRU13.

Fakta dalam petisyen itu juga dikatakan tidak mencukupi untuk menyokong relief yang dituntut pempetisyen bagi membatalkan kemenangan Annuar.

Pada PRU13, Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh menewaskan Ab Aziz dengan majoriti 974 undi.

Pada 23 Julai tahun lepas, mahkamah yang sama (Mahkamah Pilihan Raya) telah menolak petisyen Ab Aziz, namun Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan beliau bagi mengetepikan perintah itu.

Mahkamah Persekutuan berpendapat Hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak sepatutnya membatalkan petisyen itu atas alasan pempetisyen gagal mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Sementara itu Mohd Hafarizam yang ditemui di luar mahkamah berkata keputusan itu merupakan keputusan terakhir petisyen yang diadakan di negara ini.

“Alhamdulillah ini keputusan petisyen terakhir dan berpihak kepada BN

“Dalam petisyen kali ini BN telah memfailkan sebanyak 20 petisyen dan tidak ada satu pun petisyen yang kita tarik balik berbanding pembangkang,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 March 2014 2:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: