Kategori Berita Utama

BN menang 2 pertiga, Wanita UMNO tuntut senator 30%

9 APRIL: Wanita UMNO akan mempastikan sebanyak 30 peratus senator Dewan Negara terdiri daripada golongan Wanita.

Perkara itu dijanjikan oleh Ketua Wanitanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil jika BN memperoleh dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Jika BN memperoleh dua pertiga majoriti, Wanita UMNO akan berusaha untuk meminda perlembagaan supaya kita dapat menentukan 30 peratus golongan wanita menjadi senator.

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahizat Abdul Jalil serta pimpinan tertinggi memegang Buku Manifesto dan Aku Janji selepas sidang media Mesyuarat Biro Politik Wanita UMNO Malaysia di Ibu Pejabat Wanita UMNO, PWTC

“Selain itu, kita juga akan mencadangkan supaya penubuhan mahkamah perkahwinan hadanah dan nafkah supaya ada kes dan tindakan dapat diberi perhatian secepat mungkin.

” Kita juga akan menubuhkan Majlis Ekonomi Wanira yang akan dipengerusikan oleh Presiden UMNO sendiri,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin.

Mengulas lanjut, Shahrizat turut berkata keutamaan yang diberi oleh BN kepada golongan wanita tidak sama dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto PH.

“Kita punya tak auta, sebab setiap perkara yang dimasukkan dalam manifesto semuanya dibincangkan dengn sangat teliti. Presiden kita mengkaji, bukan hentam dan bukan bagi gula-gula  macam pembangkang.

“Manifesto pembangkang karut, banyak yang copy paste sahaja dari apa yang BN buat. Cuma di glamor kan sikit sahaja, kiss tak kiss. Itu sahaja.

“Paling mustahak BN bukan janji kosong,” ujarnya.

Menurutnya lagi, manifesto BN adalah sebuah dokumen diwujudkan yang boleh di implementasikan berdasarkan kajian di bawah Presiden UMNO.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dalam manifesto bermula dengan memberi keutamaan kepada ibu dan wanita bagi meletakkan golongan ini di tempat begitu tinggi dalam masyarakat.

Katanya ia melambangkan komitmen BN untuk perkasa wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita yang berkerjaya supaya dapat imbangi peranan wanita sebagai suri rumah tangga.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 April 2018 5:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: