Kategori Berita Utama

BN menang PRU, rakyat hidup aman

7 APRIL: Rakyat Malaysia dingatkan agar tidak memilih pembangkang sebagai pentadbir negara dalam PRU14 berikutan manifesto yang dibentangkan bersifat ‘formula of disaster’ (formula mendatangkan kemusnahan), kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, ia akan merugikan rakyat kerana segala janjinya dalam manifesto adalah tidak praktikal, malah tiada satu pun yang memuji kebaikan kepada negara.

Malah lebih buruk lagi apabila pemimpin mereka sendiri mengakui bahawa manifesto terdahulu masih gagal terlaksana.

“PRU14 akan menjadi penentu destini di mana rakyat perlu memilih parti seperti BN yang sudah ada pengalaman yang luas serta wawasan yang jelas untuk memajukan negara dan rakyat.

“Tetapi, Jika rakyat buat pilihan salah, akibatnya amat buruk sekali kerana manifesto pembangkang mendatang kehancuran kepada negara.

“Jangan kita menyesal bagai sudah terhantuk baru tengadah,” kata perdana menteri, Sabtu.

Dalam masa sama, peringatan itu turut dikhususkan kepada rakyat Selangor dan Pulau Pinang yang sudah memilih pembangkang mentadbir kedua negeri itu sejak 2008.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Manifesto BN di Bukit Jalil yang dihadiri lebih 40,000 rakyat serta penyokong parti.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah air yang berlaku di Selangor serta menambah pembinaan rumah mampu milik di Pulau Pinang.

“Akujanji pada Selangor, kalau BN kembali memerintah, masalah air akan selesaikan, bagi di Pulau Pinang, sebanyak 65 ribu rumah mampu milik akan dibina, ini janji kita kepada rakyat.

“Tercari terowong di Pulau Pinang,
Terjumpa baldi di negeri Selangor,
BN mesti kena menang, Barulah rakyat hidup aman dan makmur,” sindirinya dalam bentuk pantun.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2018 11:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: