Kategori Berita Utama

BN pastikan calon PRU14 bersih, tidak terlibat rasuah

6 MEI: Calon yang mempunyai latar belakang bersih dan bebas rasuah sahaja yang akan mewakil Barisan Nasional (BN) bertanding dalam PRU ke-14 nanti.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata BN sudah menjadikan amalan memeriksa latar belakang calonnya sejak sekian lama dan tidak akan mengizinkan mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, katanya, BN pernah mencadangkan supaya perkara itu dilaksana dan diwajibkan bagi semua parti di negara ini, namun ditolak pembangkang.

“BN sudah buat sejak sekian lama, malah mereka (calon BN) diwajibkan mengisytiharkan aset mereka jika mahu jadi (calon) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen.

“Kita telah cadangkan supaya perkara ini dilaksanakan (bagi semua parti), tetapi pembangkang yang tak nak,”  katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian KL Extravaganza @ Bandar Tun Razak dan Malaysian Supermotor Championship di Taman Tasik Permaisuri, Sabtu.

Menurutnya, dirinya tiada masalah untuk mempraktikkan amalan ini kerana sudah mengamalkannya ketika kali pertama bertanding PRU dulu.

“Saya sendiri semasa mahu jadi wakil rakyat pada tahun 2004, kena isytihar harta yang saya ada, apa yang saya buat, apa isteri saya buat, apa keluarga saya buat…semuanya kami isytihar,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau memberi jaminan bahawa BN tidak akan meletakkan calon yang bermasalah untuk bertanding pada PRU ke-14 nanti.

“Kalau calon ada masalah dengan SPRM ketika ini, kita akan panggil dia, siasat dan jika didapati benar, dia tidak akan dibenarkan jadi calon,” katanya.

Semalam, SPRM telah memperingatkan semua parti politik untuk tidak meletakkan calon yang memiliki latar belakang tidak bersih dan terbabit rasuah pada PRU akan datang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 May 2017 1:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: