Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BN Pahang bakal tampil calon disukai rakyat

26 JUN: Barisan Nasional (BN) Pahang hanya menyenaraikan calon yang disukai rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi memastikan peluang kemenangan yang lebih tinggi.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata bakal-bakal calon terbabit sedang dikenal pasti dan mereka yang berpotensi pula dipantau dari semasa ke semasa.

“Kita kena pilih calon yang orang suka. Kita tidak boleh ketengah calon yang pengerusi atau pucuk pimpinan suka. kalau ambil calon yang kita suka, tapi orang ramai tak suka, itu berat kepada parti untuk menang,” katanya di Kuantan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata permohonan beberapa parti komponen supaya mereka diberikan kawasan tertentu untuk ditandingi akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya hanya boleh memberi pandangan, tetapi tiada masalah kerana hal itu sudah pasti dapat diputuskan atas semangat setiakawan yang ada dalam BN,” katanya, menambah jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 June 2017 2:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: