Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BN Perak: Buktikan dakwaan 165,000 pengundi hantu wujud

13 OKT: Dakwaan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak bahawa terdapat 165,000 pengundi hantu  di negeri itu perlu dibuktikan segera jika berasas.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata pihaknya mengalu-alukan gabungan itu untuk membuat laporan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis.

Bagaimanapun, menurutnya, jika pembangkang tidak mampu membuktikan dakwaan itu, permohonan maaf perlu diberikan.

“Saya tahu mereka minat angka dan memanipulasikan angka tetapi jangan tipu diri sendiri. Politik di Malaysia hendaklah dilakukan secara matang bukan semberono dan tuduh menuduh

“Jangan tuduh BN buat apa yang mereka buat. Saya tahu apa yang mereka buat,” katanya di Bangunan UMNO Negeri hari ini.

Kelmarin, Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dilaporkan memberi tempoh 24 jam kepada BN Perak mengemukakan permohonan maaf kepada HARAPAN atas tuduhan cuba membangkitkan isu tidak berasas.

ADUN Changkat Jering itu turut menyatakan kesediaan untuk membawa bukti berhubung wujudnya komplot pengundi hantu melibatkan BN negeri itu kepada pihak berkuasa,

Pada masa sama, Saarani menyifatkan pembangkang sedang mencipta alasan sebagai persediaan jika kalah dalam PRU-14.

“Itulah perangai dan tingkah laku pembangkang yang sentiasa menimbulkan pelbagai persepsi kepada rakyat,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 4:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]