Kategori Berita Utama

BN perlu kaji faktor kalah kerana pengundi luar

Barisan Nasional (BN) perlu mengambil pengajaran kekalahan calonnya Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November lepas, kata Ketua UMNO  Bahagian Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata BN Kedah akan membuat bedah-siasat keputusan PRK itu khususnya faktor ketidakseimbangan antara jumlah pengundi di peti undi Bukit Besar berbanding penduduk yang menetap di situ.

jamiltpm

Jamil dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen PRK Sungai Limau baru-baru ini.

“Semua faktor ini akan dikaji kerana kita mahu berusaha memenangi hati rakyat,” kata ahli Parlimen Jerai itu kepada pemberita selepas merasmikan Ihtifal Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) peringkat kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok,  Sabtu.

Dalam PRK 4 November, PAS mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat, 37, mengalahkan Ahmad Sohaimi, 52, dengan majoriti 1,084 undi.

Ahmad Sohaimi pada Sabtu dilaporkan berkata beliau berharap pucuk pimpinan BN mengambil pengajaran kekalahan beliau khususnya perolehan majoriti ‘luar biasa’ calon PAS di peti undi Bukit Besar. -9/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2013 6:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: