Kategori Berita Utama

BN Pusat fahami keperluan komponen Sarawak keluar parti

12 JUN: Barisan Nasional (BN) Pusat berlapang dada walaupun berat hati untuk menerima keputusan parti-parti politik di Sarawak untuk tidak lagi menganggotai BN.

Ini kerana BN Pusat amat memahami keputusan itu kerana ia sejajar dengan keperluan menangani situasi politik di negeri itu,” kata Pengerusi Biro Media dan Komunikasi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.

Pemmpin empat parti komponen BN Sarawak mengumumkan keluar daripada BN Pusat alam sidang media, Selasa

Katanya, parti-parti politik tersebut mencapai kejayaan besar pada PRN Sarawak 2016 dengan BN menang 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

“BN Pusat amat memahami kedudukan dan pendirian yang  diambil oleh parti parti komponen BN Sarawak untuk membentuk satu gagasan baru yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sesungguhnya bibit-bibit awal kepada cadangan komponen BN Sarawak membuat penjajaran lanskap politik baru pada hari ini sebetulnya adalah dalam pengetahuan kita,” kata Annuar dalam kenyataan, Selasa.

Tegasnya, BN Pusat percaya keputusan politik yang pragmatik itu dibuat setelah difikirkan dengan mendalam berdasarkan keutamaan kepentingan negeri dan rakyat Sarawak dalam kedudukan situasi politik semasa tanah air.

“BN Pusat akan terus menjalinkan hubungan yang baik dengan semua parti politik dalam negara lebih lebih lagi parti-parti yang mendukung prinsip perjuangan yang sama walaupun berada dalam gagasan yang berbeza,” ujarnya.

Annuar berkata, BN Pusat mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan parti komponen BN Sarawak atas segala kerjasama dan kesepakatan sepanjang perjuangan bersama .

Dalam masa sama katanya, hubungan baik antara BN dengan parti-parti di bawah GPS selama ini sudah pasti diteruskan agar BN tidak kehilangan rakan yang sangat akrab sebelum ini.

Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada BN dan membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Parti terbabit adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak.

Bagaimanapun, GPS tidak berhasrat menyertai PH dan akan kekal sebagai pembangkang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 June 2018 11:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: