Kategori Berita Utama

BN tak terjejas penganalisa politik sertai pembangkang

16 APRIL: Penyertaan penganalisis politik dalam parti pembangkang tidak menjejaskan BN mahupun caloncalon BN yang bakal bertandingpada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ab Aziz Kaprawi, rakyat akan lebih bijak menilai dasar dan pembangunan yang dilakukan kerajaan daripada mempercayai setiap analisa yang dilakukan oleh mereka.

Rakyat sekarang lebih terbuka pengetahuannya dan lebih bijak menilai, mereka menikmati setiap dasar dan kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Ia berbeza dengan apa yang didakwa pembangkang kepada kita seperti menyatakan yang Malaysia akan bankrap.

Jadi pada saya penyertaan mereka yang ramai sekalipun tidak akan jejaskan BN sebab analisa yang mereka lakukan atas kepercayaan dan kefahaman mereka. Rakyat juga ada kefahaman mereka sendiri,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa penganalisis politik yang lebih cenderung kepada pembangkang malah ada yang menyertai pembangkang untuk lebih aktif dalam bidang politik.

Antaranya, bekas penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Shamsul Adabi Mamat.

“Rakyat Malaysia menikmati suasana ekonomi yang baik. Kita boleh lihat Malaysia membangun pesat dengan transformasi negara yang begitu jelas. Dengan manifesto yang memberi tumpuan kepada pembelaan rakyat termasuk BR1M kepada RM2000, program perumahan rakyat. Fokus kepada Ibu dan wanita. Jelas ini satu pendekatan yang kerajaan lakukan kepada rakyat.

“Sekaligus rakyat dapat rasakan kerajaan begitu membela masyarakat ramai. Dan pembangkang hanya buat andaian kosong sahaja, sama seperti penganalisa politik, rakyat lebih tahu menilai realiti dan andaian yang dilakukan mereka,” ujarnya. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 12:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: