Kategori PRK DUN Kajang N25Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BN tetap tanding di Kajang walau bukan lawan Anwar

8 MAC: Barisan Nasional (BN) akan tetap bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menegaskan, tindakan BN meletakkan calon di DUN itu adalah kerana tuntutan demokrasi dan bukannya untuk mengalahkan Anwar semata-mata.

razaliibrahim

Razali…kita hidup bukan kerana Anwar

“Kita bertanding bukan kerana Anwar. Kalau dia nak bertanding itu suka dia, kalau (Anwar) tak nak bertanding pun tiada kena mengena dengan kita.

“Kita hidup bukan kerana Anwar. Kalah atau menang, apa yang lebih penting adalah kerja bersungguh-sungguh. Kalau menang biar dalam kepuasan, kalau kalah pula kita tahu ada kelemahan pada diri yang perlu diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan pemberita mengenai kelebihan yang mungkin dimiliki BN sekiranya Anwar tidak meneruskan hasrat beliau untuk bertanding di DUN Kajang.

Anwar dikatakan hilang kelayakan bertanding setelah sabit dengan pertuduhan liwat pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2014 11:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: