Kategori Berita Utama

BN tidak terbabit kemelut politik Kerajaan Selangor

19 MEI: Barisan Nasional (BN) tidak berminat campur tangan dalam krisis politik yang berlaku dalam kerajaan Selangor, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan kuasa yang terletak kepada Sultan Selangor.

“Kami tidak berhasrat untuk menganalisis apa yang berlaku di Selangor. BN lebih berminat untuk memastikan jentera BN digunakan sebaiknya untuk kembali menawan Selangor,” kata Zahid selepas menghadiri Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Tegas beliau, usaha Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan rakan pemimpin lain mengerakkan jentera parti untuk mendapatkan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang merupakan satu komited yang perlu berterusan.

Zahid diminta mengulas mengenai pembatalan hubungan politik antara PKR dan PAS sehingga menyebabkan Kerajaan Selangor menjadi kurang stabil.

Bagaimanapun PAS membuat keputusan bahawa tiga EXCO mereka di negeri itu perlu kekal selaras peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Ketetapan dibuat berdasarkan Perkara 53 Fasal 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa seseorang EXCO selain Menteri Besar Selangor perlu memegang jawatan selama diperkenan Sultan Selangor.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 5:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]