Kategori Berita Utama

BN wajib ambil alih Selangor- Zahid

2 APRIL: Situasi di Selangor di ibaratkan seperti padi yang ditanam pengusaha sebenar, namun hasilnya dituai orang lain.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, sawah yang dahulunya subur dan dipenuhi air menjadi kontang apabila tanaman itu diusahakan orang yang tidak mahir.

“Seluruh pemimpin dan ahli parti sepatutnya rasa tercabar kerana segala penat lelah membangunkan Selangor menjadi sia-sia apabila ia terlepas ke tangan orang lain.

“Oleh sebab itu, BN wajib ambil alih Selangor,” katanya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan penduduk setempat pada Program Santai Rakyat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam.

Mengulas lanjut, Zahid berkata meskipun Selangor dipegang pembangkang, Kerajaan Persekutuan masih melaksanakan tanggung jawab dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan kepada rakyat.

“Jalan sedang dinaik taraf, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat yang menghubungkan Taiping di Perak sehingga ke Banting sedang dalam pembinaan.

“Dan kita harap apabila lebuh raya ini siap, Selangor akan kembali kepada BN,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2018 7:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: