Kategori Berita Utama

BNBBC Perak bidas Ngeh ejen ‘sebar khabar angin’

Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BNBBC) negeri Perak membidas Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang dilihat menjadikan dirinya sebagai ‘ejen penyebar khabar angin’ apabila membuat pelbagai kenyataan kononnya dua ADUN BN akan melompat parti.

Pengerusi BNBBC Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, pemimpin pembangkang itu hanya ingin meraih publisiti murahan melalui media apabila tidak menyelidik kesahihan di samping melapikkan kenyataanya dengan ‘sekiranya benar’.

“Ko Ham sebenarnya masih fobia dengan peristiwa lompat parti pada 2009 yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa di Perak,” katanya dalam satu kenyataan, di Ipoh, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Ngeh dalam sebuah akhbar yang mengatakan sekiranya khabar angin mengenai tindakan dua ADUN BN itu benar, mereka bertindak atas dasar peribadi dan bukan menerima tawaran dari mana-mana pihak.

ngehdgnnga

Ngeh (kanan) dan Nga Kor Meng

Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas turut dilaporkan berkata khabar angin itu muncul berkemungkinan disebabkan pendedahan mengenai isu tanah kepada kroni sebelum ini.

Mohd Khusairi berkata, tindakan Ngeh itu secara tidak langsung mendedahkan punca sebenar dua Exco dan seorang ADUN pembangkang meninggalkan parti masing-masing pada 2009 ketika mereka menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

“Ia kerana tidak berpuas hati atas tindakan pemimpin mereka yang ketika itu diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ngeh dan sepupunya Nga Kor Ming.

Beliau berkata, tindakan Ngeh yang mengembar-gemburkan khabar angin itu adalah sebahagian daripada provokasi pembangkang yang bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.-12/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2013 11:56 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: