Kategori Berita Utama

Boeing 777 MAS ke Beijing hilang

8 MAC: Sebuah pesawat Boeing 777-200 Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira jam 2.40 pagi, Sabtu.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Boeing 777Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat berkenaan berlepas dari Kuala Lumpur sejurus selepas tengah malam, iaitu pada jam 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijangka mendarat di Beijing jam 6.30 pagi tadi.

“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi talian +603-7884 1234 untuk sebarang maklumat lanjut.-bnbbc.my

mas statement

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2014 9:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: