Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bola sepak: Perlu pelan pembangunan jangka panjang

25 MAC : Pelan induk pembangunan bola sepak negara perlu dirancang dengan pelan jangka masa yang panjang manakala perlu beristiqamah dan konsisten dalam pelaksanaannya.
Itu gesaan yang dibuat oleh ahli parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kepada Kementerian Belia dan Sukan yang kurang berpuas hati apabila Timbalan Menterinya, Datuk M. Saravanan  berkata pelan ini akan disambung jika ada keperluan.
annuar150Malah kata Saravanan, kementeriannya hanya boleh menjawab mengikut pelan yang telah dirancang dan tidak boleh membuat sebarang keputuan walaupun didesak untuk memberi jaminan bahawa pelan itu dibuat untuk jangka masa panjang.
Bagaimanapun, Saravanan dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada Selasa, berjanji akan meminta kementerian dan pihak tertinggi mengkaji semula pelan ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Annuar yang mahu tahu mengenai pelan pembangunan bola sepak di negara ini ekoran kemelut dalam badan sukan berkenaan.
Jelas Annuar,  bola sepak dalam negara adalah satu badan yang unik dan elit sedangkan dalam tadbir urus yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak terbuka.
Beliau mendakwa, FAM tidak pernah membentangkan bajetnya manakala jawatankuasa bola sepak kebangsaan perlu wujud namun sehingga kini tidak dibentuk dan tiada mesyuarat mengenainya.
Annuar memberikan contoh Jepun yang membuat pelan induk untuk jangka masa 50 tahun dengan menyaksikan keberkesanan dan keseriusan mereka terhadap industry bola sepak negara itu.
Baginya, jika kerajaan tidak dapat melakukan sesuatu perubahan, orang ramai bahkan ahli Parlimen akan mula hilang kenyakinan kepada kerajaan.–bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2014 4:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: