Kategori Berita Antarabangsa

Letupan bom di New York demi Palestin

12 DIS: Pengeboman di terminal di Manhattan, New York  yang gagal semalam didakwa didalangi seorang warga Bangladesh.

Memetik laporan Dailymail, bom paip dibawa Akayed Ullah, 27 meletup tanpa diaktifkan semasa suspek menggunakan laluan pejalan kaki bawah tanah antara Port Authority menuju ke Times Square.

Rakaman CCTV menunjukkan bom dibawa Akayed Ullah meletup.

Ketika ditahan, Akayed yang terbaring selepas cedera akibat letupan bom pertama cuba mencapai telefon bimbitnya, dipercayai untuk mengaktifkan bom kedua.

Suspek tang juga penduduk tetap Amerika Syarikat kemudian dibawa ke hospital Bellevue dan disoal siasat.

Akayed dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa dia mendapat inspirasi daripada kumpulan pengganas Daesh, selain mahu membalas dendam untuk rakyat Palestin.

Selain itu, bom paip yang digunakan didakwa diperbuat dari sebatang paip, bateri, kepala mancis, gula, lampu pokok Krismas dan skru telah dihasil di tempat kerja Akayed.

Siasatan masih dijalankan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 December 2017 5:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: