Kategori Berita Utama

Bom gereja di P. Pinang: PM minta rakyat jangan melatah

27 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon semua pihak bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan insiden kain rentang kontroversi kalimah Allah digantung di luar gereja dilempar bom buatan sendiri di Pulau Pinang.

Perdana Menteri meminta semua pihak tidak melatah dan mengeruhkan lagi keadaan dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang demi menjaga keharmonian negara.

NAjib 25 Jan“Apa pun yang kita nak lakukan ianya mestilah berpaksikan the rule of law (kedaulatan undang-undang). Biarkanlah pihak berkuasa ambil tindakan selanjutnya.

“Inilah masa untuk kita berada dalam keadaan yang tenang dan tidak melatah dalam apa jua keadaan sebab ianya boleh membawa kemudaratan kepada negara kita,” kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan buku ‘Maps of Malaya and Borneo: The Collection Of Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah and Datuk Richard Curtis’ di ibu negara.

posterhinaAllahDalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Isnin, Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Georgetown diserang dua biji bom buatan sendiri.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua bom buatan sendiri itu dibaling ke kawasan lapang gereja kurang 24 jam selepas kain rentang mengandungi kalimah Allah digantung di luar gereja tersebut

Dua pemuda bermotosikal dipercayai terbabit dalam kejadian itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2014 10:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: