Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

BOMBA: Pengendali kren tuntut bayaran tidak pernah berlaku

13 JUN: Situasi pengendali kren menuntut bayaran sebelum membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam sesuatu operasi tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kebanyakan pengendali kren yang diminta membantu dalam operasi menyelamat dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka kepada masyarakat.

BOMBA terpaksa mengambil masa lama untuk mengeluarkan mangsa kemalangan maut di kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong pada Ahad lalu, selepas pengendali kren menuntut bayaran sebelum memulakan tugas.

Beliau bagaimanapun berkata, pengendali kren yang membantu, masih boleh membuat tuntutan bayaran selepas operasi itu tamat.

“Bagaimanapun, ini kali pertama kita menghadapi situasi di mana operator kren meminta bayaran terlebih dahulu sebelum melakukan kerja.

“Namun, kalau perlu bayaran biasanya akan diuruskan selepas operasi itu kerana ini kejadian kecemasan dan kita tidak sempat untuk keluarkan surat tawaran serta garis panduan,” katanya kepada selepas Majlis Pelancaran Ops Raya 2017 di Aeon Shah Alam, Selasa.

Ahad lalu, anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa sehingga lima jam bagi mengeluarkan enam mangsa yang rentung dalam nahas kemalangan maut di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong.

Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, operator kren juga keberatan memberi pertolongan disebabkan tidak tahu siapa yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk meminta pertolongan pemilik lori tangki dan lori ikan.

Pada masa yang sama, Wan Mohd Nor mengakui ramai anggota bomba yang terbabit dalam operasi menyelamat tidak mengetahui berkenaan prosedur berkenaan.

“Bahagian operasi tidak mengetahui,  sebab ia dikendalikan oleh bahagian kewangan,” ujarnya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 10:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: