Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bomba selamatkan 19 bakal doktor, 4 pelajar sekolah

7 MEI: Seramai 19 bakal doktor dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang sesat ketika mendaki Bukit Fraser, Raub diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata kumpulan itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita menyedari mereka sesat selepas hampir empat jam memulakan pendakian di laluan Bishop dan Maxwell pada 3 petang, Sabtu.

“Seorang daripada mereka menghubungi bomba pada 6.45 petang semalam dan memaklumkan tiga anggota pasukan mereka tidak dapat bergerak kerana kesejukan.

“Aktiviti mencari dan menyelamat bermula pada 8.20 malam dan semua mereka ditemui dalam keadaan selamat sejam kemudian sebelum berjaya dibawa keluar pada 10.10 malam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan empat remaja selepas mereka sesat selama lebih 10 jam di Hutan Lipur Rimba Riang, Kota Damansara semalam.

Penolong Pengarah Operasi, Mohd Sani Harul berkata, kesemua remaja lelaki yang berusia 15 tahun itu mendaki hutan berkenaan pada jam 7.30 pagi, Sabtu.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi pencarian dimulakan pada jam 1.15 petang dan semua mangsa ditemukan pada jam 5.20 petang semalam dalam keadaan selamat,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2017 12:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: