Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Buaya 6.5 meter bersidai di Pantai Lido

12 FEB: Seekor buaya dianggarkan sepanjang 6.5 meter yang sedang berjemur dikesan empat pekerja projek pencegahan pencemaran di Pantai Lido Johor Bahru, kelmarin.

“Bila nampak buaya, kami pun takut.

Buaya itu besar, rasanya panjang kira-kira bot kami,” kata Muhammad Fitri Dawam, 24,

Memetik laporan Sinar online, pekerja pemasang tirai kelodak itu bersama tiga rakannya sedang membuat penyelenggaraan di tambak pasir berhadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) ketika nampak reptilia itu.

Video dan foto penemuan buaya yang dimuat naik oleh Fitri di Facebook pada Ahad menjadi tular dan dikongsi lebih 2,500 kali.

Rakaman video berdurasi dua minit 51 saat itu memaparkan buaya yang sedang berjemur perlahan-lahan masuk ke dalam air selepas didekati Fitri dan rakannya menggunakan bot.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 1:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: