Kategori Berita Antarabangsa

Bubar parti pembangkang, Cambodia berdepan kritikan

18 NOV: Kerajaan Kemboja berhadapan kritikan dunia selepas parti pembangkang utama di negara itu dibubarkan menjelang pilihan raya.

Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) dibubarkan pada Jumaat oleh Mahkamah Agung atas permintaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Hun Sen.

Seorang sami berjalan di sebelah kain rentang Presiden Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja yang dibubarkan.

Parti kerajaan itu sudah memerintah lebih tiga dekad dan dikatakan terancam pada pilihan raya umum tahun depan.

Pemimpin CNRP, Kem Sokha, ditahan atas dakwaan khianat pada 3 September lalu, dituduh merancang mengambil alih kuasa dengan bantuan Amerika Syarikat.

Pengkritik menyifatkan pembubaran CNRP sebagai cubaan memanipulasi pilihan raya dan membunuh demokrasi di negara itu.

Sementara itu, AS mendesak Kemboja menarik balik tindakan itu.

“Kami menggesa kerajaan Kemboja menarik balik tindakan membubarkan CNRP.

“Jika tidak, pilihan raya tahun depan tidak sah, tidak bebas dan tidak adil,” lapor Reuters.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2017 10:19 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: