Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Budak lelaki 12 tahun maut terkena sabit

31 JAN: Seorang budak lelaki maut terkena sabit yang dilekatkan pada galah pengait kelapa sawit di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat Bagan Datuk hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang, Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, 12, pergi ke kebun itu untuk menemani datuknya mengait kelapa sawit disebabkan cuti sekolah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata siasatan awal mendapati sabit yang digunakan datuknya itu terjatuh bersama buah sawit sebelum melantun dan terkena bahagian kiri dada kanak-kanak terbabit.

Katanya, mangsa yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, parah dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Batang, Bagan Datuk untuk rawatan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat parah di bahagian dada kirinya.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 January 2018 11:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: