Kategori Berita Antarabangsa

Budak lumpuh seumur hidup selepas senaman yoga

28 FEB: Seorang kanak-kanak perempuan di China disahkan lumpuh seumur hidup sebaik sahaja terjatuh semasa membuat senaman di sebuah kelas yoga.

Dalam rakaman video berdurasi 24 saat yang tular, Xiau Bao, 4 tahun, melakukan gerakan membengkokkan badan ke belakang bersama rakannya.

Portal thesun.co.uk. melaporkan bahawa kanak-kanak itu gagal mengimbangkan badan lalu terjatuh.

Dia dikejarkan ke hospital oleh para jurulatih sebaik sahaja mendapati kakinya tidak boleh digerakkan.

Pakar perubatan menjelaskan kanak-kanak malang itu menderita lumpuh bahagian bawah badan seumur hidup.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2018 3:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: